MERRY CHRISTMAS to everyone......God Bless You...inilah dekorasi Krismas yang sempat saya hasilkan untuk Krismas tahun ini.
My New Decorations....
MERRY CHRISTMAS to everyone......God Bless You...inilah dekorasi Krismas yang sempat saya hasilkan untuk Krismas tahun ini.
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SKBBP
Satu majlis yang sangat ringkas tapi amat bermakna buat guru-guru dan murid-murid SK. Bangkau Bangkau Pitas. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah ini iaitu En. Awang Nasran Harun. Guru Besar tidak dapat dalam majlis ringkas ini kerana berada di UMS untuk program pengsiswazahan GB. Tahniah kepada semua murid yang telah menerima hadiah dan sijil penghargaan.
Kem 1 M'sia siri 21-22




SALAM 1 MALAYSIA........Sebahagian daripada gambar Kem 1 Malaysia siri 21-22 dengan jumlah peserta seramai 577 orang yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sabah di Malangang Kiulu pada 10 - 13 Nov 2009 yang lalu. Menterjemahkan erti 1 Malaysia kepada generasi baru adalah sebahagian daripada matlamat kem ini. Antara program untuk siri kali ini adalah lawatan (Muzium, City Mall, Taman Hidupan Liar dan 1 Borneo), Permainan Rakyat (Zero Point, Main Getah, Congkak dll) dan Tarian Rakyat ( Joget, Zapin, Tarian India & Cina, Limbai dll). Keseluruhannya, matlamat kem ini adalah tercapai walaupun masih terdapat sedikit kelemahan seperti jurulatih dan guru-guru pengiring yang kurang.Peserta daripada Daerah Pitas untuk siri kali ini adalah terdiri daripada 50 orang peserta (SK. Dandun, SK.Manggis, SK.Bangkau Bangkau, SK.Salimpodon dan SK.Kusilad). Sebagai salah seorang guru pengiring untuk siri ini saya barsyukur kerana semua peserta daerah Pitas pergi dan pulang dengan selamat dan sihat walaupun cuaca di sana tidak menentu.
Walaubagaimanapun, selaku guru pengiring saya rasa terkilan sedikit dengan pengurusan pihak bertanggungjawab di peringkat daerah Pitas untuk siri ini tetapi saya menganggap ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman bagi saya sebagai guru.
Credibility and Flexibility (GDM) of Pitas
Inilah sebahagian daripada suasana apabila tiba masa saya dan rakan-rakan Guru Data Maklumat (GDM) Pitas berkumpul untuk bengkel semakan dan kutipan data....Tugas sebagai 'orang' data adalah keutamaan bagi kami.Kami sentiasa berusaha memberikan maklumat data daripada semua warga pendidikan khususnya di Daerah Pitas yang agak terpencil ini sebaik-baiknya.
puisi untuk UtaraFM
siapa yang mengenalimu
engkau hanya PoNetFM....
lahirmu dihujung daratan utara Borneo bergelar Pitas
yang....
jauh daripada arus kemajuan
jauh daripada liputan jalur lebar
tetapi.....
minda kerdil....
cetusan rasa....
nukilan insan bergelar 'macam biasa juga bah'
memberimu suara
berkumandang di udara
sekalipun hanya berpusatkan sebuah gerai kecil
engkau begitu menghibur hati....
kini.....
siapa yang tidak mengenalimu
engkau bukan si PoNetFM lagi
engkau sudah menjadi UtaraFM
bahkan engkau kini telah dewasa
suaramu semakin dikenali
lagu-lagumu semakin digemari
liputanmu segenap penjuru kota Borneo
namun UtaraFM....
kecil atau besar engkau tetap harus
....macam biasa juga bah......
engkau adalah suara rakyat yang ikhlas
engkau adalah lagu rakyat yang damai
engkau adalah irama masyarakat harmoni
engkau adalah lambang Sabahan....
teruslah bernyanyi....
teruslah bersuara....
menyampai hiburan berpaksikan ilmu sejagat
menyahut seruan 1Malaysia
Burung Bangau

Inilah maklumat secara ringkas tentang burung yang biasa kita lihat. Tetapi persoalannya adalah....kenapa burung ini kerap dan banyak kita lihat tapi sarang, telur dan anak burung ini terlalu jarang kita lihat atau temui. Saya sendiri belum pernah melihat sarang, telur atau anak burung bangau sedangkan saya selalu melihat burung ini bahkan kampung halaman saya juga dinamakan sempena nama burung ini kerana banyak burung bangau lebih-lebih lagi pada musim membajak sawah padi. Dipercayai bahawa anak burung bangau boleh dijadikan ubat dan ada pihak tertentu yang sanggup membelinya dengan harga yang tinggi......betulkah?
Playing Bowling at 1Borneo
16 Sept Cuti Awam Mulai Tahun 2010
Mengulas tentang pengisian program bagi kedua-dua hari tersebut, Perdana Menteri kita memberitahu bahawa 31 Ogos adalah hari untuk mengenang jasa tokoh-tokoh negara memperjuangkan kemerdekaan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Manakala 16 September iaitu Hari Malaysia akan diadakan program-program berbentuk perpaduan kaum, keunikan bangsa Malaysia dan sebagainya untuk merealisasi dan mengembangkan lagi pemahaman rakyat mengenai 1Malaysia.
Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM SK.Bangkau Bangkau 2009

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah salah satu jenis bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibubapa murid khususnya sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar. Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi murid-murid SK. Bangkau Bangkau Pitas telah diadakan secara ringkas pada hari ini. Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar, beliau mewakili Pegawai Pelajaran PPD Pitas memohon maaf atas kelewatan pengurusan KWAPM pada tahun ini kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana bantuan yang memang dinanti-nanti itu akhirnya berjaya diserahkan kepada semua penerima yang layak dalam majlis yang serba ringkas. Gambar-gambar ini menunjukkan liputan ringkas majlis tersebut. Terima kasih atas kerjasama semua guru-guru dan ibubapa. Salam 1Malaysia.
Bad day for me
Hari ini pula...saya terpijak seekor tebuan. walaupun berat saya kira-kira 90kg pun tetap tidak dapat menghalang si tebuan untuk menyengat tapak kaki saya...aduhhh!!! sakitnya. "bad day"...tapi tidaklah sampai buat saya menangis. Untungnya pula...buarpun sakit tapi tidak bengkak...syukur...
Apapun segalanya tetap berjalan dengan baik selagi kita mahu semua perkara itu menjadi baik.
Dunia ini semakin uzur.....
Kita manusia semakin tertekan memikirkan keselamatan....betulkah? atau sebenarnya manusia moden ini masih tetap berlumba-lumba mencari dan mengejar kesenangan......
Selepas semua ini, apakah ada lagi bencana melanda?...terlalu jelas kini, setiap penghujung tahun kita pasti dikejutkan oleh kejadian-kejadian yang meragut ribuan nyawa manusia. Kenapakah ini semua terjadi?....segalanya adalah mungkin....dunia ini semakin uzur.
Hari Raya SK.Bangkau Bangkau Pitas
Gempa Bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Salah satu gambar suasana kelihatan ahli bomba berusaha memadamkan kebakaran selepas satu gempa bumi kuat melanda Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada rabu 30 Sept 2009. Beribu orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan, hospital, hotel dan sekolah menurut laporan....salam simpati untuk penduduk Indonesia.
Condolences For Samoa

Strong quake triggers tsunami in Samoa...one of the pictures in Samoa after tsunami
My Son and Daughter
Hi to everyone
1. Kemalangan masih tinggi
2. Mercun
....dan banyak lagi tapi saya berminat dengan 2 hal ini sahaja. Siapakah yang harus kita persalahkan?...apakah tindakan yang sewajarnya diambil?....pasti banyak persoalan tapi bagi saya, kita tanya diri kita dahulu. Renungkanlah....
Kuman
Bantal, selimut kegemaran kuman
TEMPAT tidur merupakan ruang istirehat buat semua orang bagi melepaskan kepenatan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Namun, sejauh manakah ia dipastikan selamat, khususnya dari segi kebersihan?
Sama ada kita sedar atau tidak, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta cadar merupakan tempat pembiakan sejenis kuman iaitu Dermatophagoides pteronyssinus.
Menurut penulis buku The Secret Life of Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal adalah disumbangkan oleh bakteria tersebut yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh, tungau dan pelbagai kotoran lain.
Secara tidak langsung, kuman tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma terhadap penggunanya.
PitasDaily.NET....pasti 'POWER"

Tahniah.....teruskan usaha. Tidak salah kalau seluruh dunia mendengar suara kita khususnya masyarakat di Pitas.
F1 1Malaysia
F1 1Malaysia in action for F1 2010.
![]() |
PEMINAT F1 bakal menyaksikan deruman jentera F1 buatan Malaysia hasil teknologi dan kepakaran anak-anak tempatan bermula Januari depan. |
Back to school
champions league
Kumpulan Liga Juara-Juara
Kumpulan A
Bayern Munich, Juventus, Girondins Bordeaux, Maccabi Haifa
Kumpulan B
Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, VfL Wolfsburg
Kumpulan C
AC Milan, Real Madrid, Olympique Marseille, FC Zurich
Kumpulan D
Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia
Kumpualn E
Liverpool, Olympique Lyon, Fiorentina, Debrecen
Kumpulan F
Barcelona, Inter Milan, Dinamo Kiev, Rubin Kazan
Kumpulan G
Sevilla, Rangers, VfB Stuttgart, Unirea Urziceni
Kumpulan H
Arsenal, AZ Alkmaar, Olmpiakos Piraeus, Standard Liege
Topeng....
Topeng kini mampu milik

![]() |
| |
PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.
Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati.
"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.
Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan.
New Recipe....
khas untuk penggemar makanan tradisional.
nama resipi : Tuhau + Batang Pisang
cara menyediakan : 1. Tuhau dan batang pisang (umbut) di hiris halus
2. Campur atau gaul batang pisang dan tuhau dalam bekas
3. Perah dengan limau (paling bagus limau kapas) secukup rasa
4. Campurkan cuka secukup rasa
5. Garam dan ajinomoto secukup rasa
6. Cili padi
7. Gaul dan biarkan beberapa minit
cubalah....ringkas tapi sedap.
H1N1...
Statistik terperinci, contohi negara maju bendung H1N1
ANGGARAN oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia.
Jumlah anggaran ini amatlah besar sekali kerana jika tiada tindakan berkesan dan bersepadu serta kerjasama dan sokongan kuat di kalangan rakyat pastinya ia boleh memudaratkan produktiviti dan juga menjejaskan sektor ekonomi negara.
Gesaan oleh orang ramai yang mengesyorkan agar menyenaraikan statistik H1N1 merupakan satu tindakan yang boleh menyedarkan orang ramai tentang tahap keseriusan wabak ini.
Pastinya orang ramai yang berada di kawasan tertentu yang mempunyai statistik pengidap H1N1 yang tinggi akan mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengelak risiko dijangkiti H1N1.
(sebahagian daripada petikan akhbar Utusan)
hari ini....
Habis kelas, saya luangkan masa untuk mengemaskini data Emis online. Inilah tugas utama saya sebagai guru data. Saya harus kemaskini semua maklumat guru. Dalam masa yang sama saya memegang tugas sebagai guru SMM, guru Media & Pusat Sumber,guru penyelaras RMT & SBT. Tapi semuanya tidak menjadi halangan bagi saya untuk menunjukkan prestasi kerja yang baik.
Dekorasi dan hiasan
Antara dekorasi/hiasan pentas dan majlis yang pernah saya buat. Biarpun taklah secantik mana tapi tetap kelihatan menarik apatah lagi ianya adalah idea spontan daripada saya sendiri. Saya 'upload' gambar ini untuk tatapan umum dan sebagai perkongsian minat untuk semua. Pendapat saya; tidak semestinya kita menggunakan bahan yang banyak dan mahal untuk menghasilkan sesuatu hiasan yang menarik......
Pertandingan Memasak Berunsurkan Tuhau-Ranau
paling sukar adalah yang memulakan
inilah kata-kata yang mendorong saya untuk merenung kembali kehidupan yang sudah saya miliki kini. Siapakah aku dulu?.... Apa yang aku miliki?....












