Kem 1 M'sia siri 21-22





SALAM 1 MALAYSIA........Sebahagian daripada gambar Kem 1 Malaysia siri 21-22 dengan jumlah peserta seramai 577 orang yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sabah di Malangang Kiulu pada 10 - 13 Nov 2009 yang lalu. Menterjemahkan erti 1 Malaysia kepada generasi baru adalah sebahagian daripada matlamat kem ini. Antara program untuk siri kali ini adalah lawatan (Muzium, City Mall, Taman Hidupan Liar dan 1 Borneo), Permainan Rakyat (Zero Point, Main Getah, Congkak dll) dan Tarian Rakyat ( Joget, Zapin, Tarian India & Cina, Limbai dll). Keseluruhannya, matlamat kem ini adalah tercapai walaupun masih terdapat sedikit kelemahan seperti jurulatih dan guru-guru pengiring yang kurang.
Peserta daripada Daerah Pitas untuk siri kali ini adalah terdiri daripada 50 orang peserta (SK. Dandun, SK.Manggis, SK.Bangkau Bangkau, SK.Salimpodon dan SK.Kusilad). Sebagai salah seorang guru pengiring untuk siri ini saya barsyukur kerana semua peserta daerah Pitas pergi dan pulang dengan selamat dan sihat walaupun cuaca di sana tidak menentu.
Walaubagaimanapun, selaku guru pengiring saya rasa terkilan sedikit dengan pengurusan pihak bertanggungjawab di peringkat daerah Pitas untuk siri ini tetapi saya menganggap ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman bagi saya sebagai guru.

0 comments:

Post a Comment

 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.