Credibility and Flexibility (GDM) of Pitas

Inilah sebahagian daripada suasana apabila tiba masa saya dan rakan-rakan Guru Data Maklumat (GDM) Pitas berkumpul untuk bengkel semakan dan kutipan data....Tugas sebagai 'orang' data adalah keutamaan bagi kami.

Kami sentiasa berusaha memberikan maklumat data daripada semua warga pendidikan khususnya di Daerah Pitas yang agak terpencil ini sebaik-baiknya.

puisi untuk UtaraFM

dulu.....
siapa yang mengenalimu
engkau hanya PoNetFM....
lahirmu dihujung daratan utara Borneo bergelar Pitas
yang....
jauh daripada arus kemajuan
jauh daripada liputan jalur lebar
tetapi.....
minda kerdil....
cetusan rasa....
nukilan insan bergelar 'macam biasa juga bah'
memberimu suara
berkumandang di udara
sekalipun hanya berpusatkan sebuah gerai kecil
engkau begitu menghibur hati....

kini.....
siapa yang tidak mengenalimu
engkau bukan si PoNetFM lagi
engkau sudah menjadi UtaraFM
bahkan engkau kini telah dewasa
suaramu semakin dikenali
lagu-lagumu semakin digemari
liputanmu segenap penjuru kota Borneo

namun UtaraFM....
kecil atau besar engkau tetap harus
....macam biasa juga bah......
engkau adalah suara rakyat yang ikhlas
engkau adalah lagu rakyat yang damai
engkau adalah irama masyarakat harmoni
engkau adalah lambang Sabahan....
teruslah bernyanyi....
teruslah bersuara....
menyampai hiburan berpaksikan ilmu sejagat
menyahut seruan 1Malaysia

Burung Bangau


Dikenali dengan nama Burung Bangau Kecil atau nama saintifiknya adalah Little Egret. Panjang Burung Bangau Kecil dewasa 55-65 sentimeter, dengan jarak sayap sebanyak 88-106 sentimeter. Beratnya antara 350-550 gram. Kesemua bulunya putih. Burung ini mempunyai kedua-dua paruh nipis dan kaki panjang yang berwarna hitam, dengan bahagian bawah kakinya berwarna kuning.
Inilah maklumat secara ringkas tentang burung yang biasa kita lihat. Tetapi persoalannya adalah....kenapa burung ini kerap dan banyak kita lihat tapi sarang, telur dan anak burung ini terlalu jarang kita lihat atau temui. Saya sendiri belum pernah melihat sarang, telur atau anak burung bangau sedangkan saya selalu melihat burung ini bahkan kampung halaman saya juga dinamakan sempena nama burung ini kerana banyak burung bangau lebih-lebih lagi pada musim membajak sawah padi. Dipercayai bahawa anak burung bangau boleh dijadikan ubat dan ada pihak tertentu yang sanggup membelinya dengan harga yang tinggi......betulkah?

Playing Bowling at 1Borneo


STRIKE.....yes! yes!...seronok juga ambil kesempatan bermain boling. Tidak kisahlah kalau tidak pandai pun asalkan boleh bermain itu sudah memadai.

16 Sept Cuti Awam Mulai Tahun 2010

Tahniah 1Malaysia....Hari ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa 16 September adalah cuti awam mulai tahun 2010. Oleh itu, mulai tahun hadapan rakyat Malaysia akan meraihkan 2 hari kebangsaan iaitu pada 31 Ogos untuk Hari Kemerdekaan dan 16 September untuk Hari Malaysia.
Mengulas tentang pengisian program bagi kedua-dua hari tersebut, Perdana Menteri kita memberitahu bahawa 31 Ogos adalah hari untuk mengenang jasa tokoh-tokoh negara memperjuangkan kemerdekaan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Manakala 16 September iaitu Hari Malaysia akan diadakan program-program berbentuk perpaduan kaum, keunikan bangsa Malaysia dan sebagainya untuk merealisasi dan mengembangkan lagi pemahaman rakyat mengenai 1Malaysia.

Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM SK.Bangkau Bangkau 2009


Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah salah satu jenis bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibubapa murid khususnya sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar. Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi murid-murid SK. Bangkau Bangkau Pitas telah diadakan secara ringkas pada hari ini. Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar, beliau mewakili Pegawai Pelajaran PPD Pitas memohon maaf atas kelewatan pengurusan KWAPM pada tahun ini kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana bantuan yang memang dinanti-nanti itu akhirnya berjaya diserahkan kepada semua penerima yang layak dalam majlis yang serba ringkas. Gambar-gambar ini menunjukkan liputan ringkas majlis tersebut. Terima kasih atas kerjasama semua guru-guru dan ibubapa. Salam 1Malaysia.

Bad day for me

Mungkin seminggu ini adalah hari yang tidak berapa baik untuk saya...tapi itu tidak bererti bahawa ianya adalah hari-hari yang buat saya.Isnin yang lalu Laptop yang saya selalu gunakan ini telah dilanda sakit 'system corrupted' tapi syukurlah sebab saya akhirnya dapat membaikinya sendiri...tapi yang sedihnya, semua maklumat data sekolah, kerja-kerja penting, laporan-laporan, software dan banyak lagi telah hilang tanpa sempat saya buat 'backup'.Jadi, sekarang ini bertambah-tambahlah kerja saya untuk membuat semula laporan-laporan dan sistem maklumat...."bad day"...
Hari ini pula...saya terpijak seekor tebuan. walaupun berat saya kira-kira 90kg pun tetap tidak dapat menghalang si tebuan untuk menyengat tapak kaki saya...aduhhh!!! sakitnya. "bad day"...tapi tidaklah sampai buat saya menangis. Untungnya pula...buarpun sakit tapi tidak bengkak...syukur...
Apapun segalanya tetap berjalan dengan baik selagi kita mahu semua perkara itu menjadi baik.

Dunia ini semakin uzur.....

           Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dunia kita semakin kerap dilanda bencana....belum habis bercerita tentang wabak atau penyakit berbahaya (H1N1), Tsunami datang lagi mengejutkan manusia seluruh dunia dan diperlihatkan lagi gempa bumi dan banjir kilat yang sememangnya amat berkuasa meragut dan merampas nyawa manusia. Sesungguhnya dunia ini semakin uzur....dunia ini seakan semakin hampir ke penghujungnya. Tapi apakah penghujungnya?...bila?...apakah yang akan terjadi seterusnya?...
           Kita manusia semakin tertekan memikirkan keselamatan....betulkah? atau sebenarnya manusia moden ini masih tetap berlumba-lumba mencari dan mengejar kesenangan......
           Selepas semua ini, apakah ada lagi bencana melanda?...terlalu jelas kini, setiap penghujung tahun kita pasti dikejutkan oleh kejadian-kejadian yang meragut ribuan nyawa manusia. Kenapakah ini semua terjadi?....segalanya adalah mungkin....dunia ini semakin uzur.

Hari Raya SK.Bangkau Bangkau Pitas




Diadakan pada 2 Okt 2009 yang lalu. Majlis yang sederhana tapi tetap meriah bersama dengan semua warga SK.Bangkau Bangkau. Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri ini sudah menjadi acara tahunan sekolah kecil ini. Tahniah warga SK.Bangkau Bangkau dan Selamat Hari Raya.

Gempa Bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia

A firefighter works near a burning houses after a powerful earthquake ...

Salah satu gambar suasana kelihatan ahli bomba berusaha memadamkan kebakaran selepas satu gempa bumi kuat melanda Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada rabu 30 Sept 2009. Beribu orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan, hospital, hotel dan sekolah menurut laporan....salam simpati untuk penduduk Indonesia.


 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.