Statistik terperinci, contohi negara maju bendung H1N1
ANGGARAN oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia.
Jumlah anggaran ini amatlah besar sekali kerana jika tiada tindakan berkesan dan bersepadu serta kerjasama dan sokongan kuat di kalangan rakyat pastinya ia boleh memudaratkan produktiviti dan juga menjejaskan sektor ekonomi negara.
Gesaan oleh orang ramai yang mengesyorkan agar menyenaraikan statistik H1N1 merupakan satu tindakan yang boleh menyedarkan orang ramai tentang tahap keseriusan wabak ini.
Pastinya orang ramai yang berada di kawasan tertentu yang mempunyai statistik pengidap H1N1 yang tinggi akan mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengelak risiko dijangkiti H1N1.
(sebahagian daripada petikan akhbar Utusan)



0 comments:
Post a Comment