Back to school
champions league
Kumpulan Liga Juara-Juara
Kumpulan A
Bayern Munich, Juventus, Girondins Bordeaux, Maccabi Haifa
Kumpulan B
Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, VfL Wolfsburg
Kumpulan C
AC Milan, Real Madrid, Olympique Marseille, FC Zurich
Kumpulan D
Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia
Kumpualn E
Liverpool, Olympique Lyon, Fiorentina, Debrecen
Kumpulan F
Barcelona, Inter Milan, Dinamo Kiev, Rubin Kazan
Kumpulan G
Sevilla, Rangers, VfB Stuttgart, Unirea Urziceni
Kumpulan H
Arsenal, AZ Alkmaar, Olmpiakos Piraeus, Standard Liege
Topeng....
Topeng kini mampu milik

![]() |
| |
PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.
Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati.
"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.
Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan.
New Recipe....
khas untuk penggemar makanan tradisional.
nama resipi : Tuhau + Batang Pisang
cara menyediakan : 1. Tuhau dan batang pisang (umbut) di hiris halus
2. Campur atau gaul batang pisang dan tuhau dalam bekas
3. Perah dengan limau (paling bagus limau kapas) secukup rasa
4. Campurkan cuka secukup rasa
5. Garam dan ajinomoto secukup rasa
6. Cili padi
7. Gaul dan biarkan beberapa minit
cubalah....ringkas tapi sedap.
H1N1...
Statistik terperinci, contohi negara maju bendung H1N1
ANGGARAN oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia.
Jumlah anggaran ini amatlah besar sekali kerana jika tiada tindakan berkesan dan bersepadu serta kerjasama dan sokongan kuat di kalangan rakyat pastinya ia boleh memudaratkan produktiviti dan juga menjejaskan sektor ekonomi negara.
Gesaan oleh orang ramai yang mengesyorkan agar menyenaraikan statistik H1N1 merupakan satu tindakan yang boleh menyedarkan orang ramai tentang tahap keseriusan wabak ini.
Pastinya orang ramai yang berada di kawasan tertentu yang mempunyai statistik pengidap H1N1 yang tinggi akan mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengelak risiko dijangkiti H1N1.
(sebahagian daripada petikan akhbar Utusan)
hari ini....
Habis kelas, saya luangkan masa untuk mengemaskini data Emis online. Inilah tugas utama saya sebagai guru data. Saya harus kemaskini semua maklumat guru. Dalam masa yang sama saya memegang tugas sebagai guru SMM, guru Media & Pusat Sumber,guru penyelaras RMT & SBT. Tapi semuanya tidak menjadi halangan bagi saya untuk menunjukkan prestasi kerja yang baik.
Dekorasi dan hiasan
Antara dekorasi/hiasan pentas dan majlis yang pernah saya buat. Biarpun taklah secantik mana tapi tetap kelihatan menarik apatah lagi ianya adalah idea spontan daripada saya sendiri. Saya 'upload' gambar ini untuk tatapan umum dan sebagai perkongsian minat untuk semua. Pendapat saya; tidak semestinya kita menggunakan bahan yang banyak dan mahal untuk menghasilkan sesuatu hiasan yang menarik......
Pertandingan Memasak Berunsurkan Tuhau-Ranau
paling sukar adalah yang memulakan
inilah kata-kata yang mendorong saya untuk merenung kembali kehidupan yang sudah saya miliki kini. Siapakah aku dulu?.... Apa yang aku miliki?....










