hari ini....

Hari ini seperti biasa saya ke sekolah.....mengajar. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai insan bergelar guru. Seronok juga lihat reaksi dan respon murid-murid bila saya mengajar dengan menggunakan CD courseware dan projektor LCD. Murid-murid nampak seronok untuk belajar tapi masalah Bahasa Inggeris tetap menjadi masalah utama murid-murid ini untuk memahami keseluruhan isi pelajaran. Apapun P & P Matematik saya hari ini berjalan dengan baik.....

Habis kelas, saya luangkan masa untuk mengemaskini data Emis online. Inilah tugas utama saya sebagai guru data. Saya harus kemaskini semua maklumat guru. Dalam masa yang sama saya memegang tugas sebagai guru SMM, guru Media & Pusat Sumber,guru penyelaras RMT & SBT. Tapi semuanya tidak menjadi halangan bagi saya untuk menunjukkan prestasi kerja yang baik.




0 comments:

Post a Comment

 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.