
Gambar- anggota polis tong sampah di mana mayat seorang bayi (dalam bulatan) dibuang dan dibakar di Jalan Tengku Zainal Abidin Kuala Krai, Kelantan kelmarin. Bayi yang masih terlekat dengan uri dan bertali pusat itu ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Bayi lelaki yang cukup sifatnya ini dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam mati rentung separuh badan menyebabkan kakinya terputus. KEJAM!!!..... sesiapa saja manusia yang melakukan ini memang tidak berperikemanusiaan. Kenapa manusia ini sanggup melakukan perbuatan seperti ini?....kejadian seperti ini sudah terlalu kerap berlaku di negara kita. Di manakah iman, di manakah cinta dan di manakah perikemanusiaan sebagai insan bergelar MANUSIA ciptaan Tuhan. Tuhan melihat perbuatan ini dan akan mengizinkan balasan yang setimpal dengan perbuatannya....p/s Valentine Day baru melabuhkan tirainya...lambang cinta abadi. Namun semakin membimbangkan kerana muda-mudi masa kini menyalaherti peristiwa ini. menggunakan kesempatan ini untuk memenuhi asmara yang membara di jiwa tapi menggelarnya 'cinta'....melakukan hubungan seks, mengandung kemudian menyesal dan membuang bayi.....Jika inilah hasil daripada Valentine Day, kejadian ini sungguh memilukan. Semoga muda-mudi di luar sana akan sedar.....tapi bukan semuanya begitu. Yang sedang hangat bercinta,....tidak salah meraikan Valentine Day tapi jangan jadikan ini sebagai dasar cinta anda sebaliknya jadikanlah Tuhan sebagai dasar cinta anda kerana Tuhan adalah penghapan yang kukuh....fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.....



0 comments:
Post a Comment